assalamualaikum ..
siape super hero korang ? superman ? batman ? cicakman ?
haa .
Sebenarnya, manusia luar biasa ialah orang yang berbuat baik kepada orang yang jahat kepadanya. Paling tidak dia doakan kebaikan mereka. Kasih sayangnya terserlah kepada sesiapa saja. Sifat pemaaf menjadi amalan dalam hidupnya. Jika ia bersalah ia meminta maaf. Dia boleh menahan marah atau disembunyikannya. Sentiasa bersabar, merendah diri dan bersopan santun menjadi budaya. Tidak mempunyai kelulusan PhD iaitu perasaan hasad dengki dan tidak pernah menghina orang lain.
Dia juga mudah simpati dengan orang susah. Melihat penderitaan orang lain sudah cukup membuatkan dia merasa bersalah. Kekayaan yang diperolehi diagih-agih kepada manusia. Pemurah namanya. Terutama pada fakir miskin dan membantu membayarkan hutang mereka dan tidak ada perkataan tamak dalam kamus hidupnya. Tidak mengharapkan apa-apa balasan kerana tulus ikhlas hatinya. Kesenangan orang lain dia tumpang gembira.
Inilah dia manusia wira atau luar biasa. Tapi tidak pernah dia diberi pingat oleh sesiapa. Apatah lagi mengejar pangkat, darjat dan juga nama. Kerana terlalu ikhlas ingin berbakti. Realitinya, memang susah untuk kita bertemu dengn manusia luar biasa ini. Dialah superhero sebenar.
AD : aku curik ni . aku pnah tebace tp tak ingat kat mne . kire curik jugak laa kan ?
No comments:
Post a Comment